/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, July 7, 2011

Umno Makin Celaru Halang Himpunan Bersih 2.0



KUALA LUMPUR, 7 Julai: Umno BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang.


Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, ini ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya yang masih mendakwa Bersih adalah haram.


Ini, katanya bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.


“Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula Bersih telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Lebih memburukkan keadaan lagi, katanya Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Katanya, Sekretariat Bersih yang telah mendapat perkenan Agong sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah ditentukan kerajaan dan Agong sendiri.


Dalam hal ini seluruh yang berkaitan Bersih sepatutnya telah diberi akses oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bergerak secara bebas.


“Jika hasrat Bersih yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan Umno BN walaupun ia telah direstui oleh Yang di-Pertuan Agong, ke manakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?” soalnya yang juga Adun Titi Serong.


Justeru, katanya berdasarkan respons terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah 8 tuntutan Bersih dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun.


“Umno BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free