/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, July 7, 2011

Kemungkinan Gangguan Internet & Telefon Bimbit, Malaysia Amal Taktik Negara Diktator

KUALA LUMPUR: Kurang 48 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.
Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.
Bersih 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.
Bersih 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,” katanya.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini.
“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.
Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...