/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, June 24, 2011

BERSIH 2.0 Suara yang Mahu Didengari


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


BERSIH 2.0, Himpunan Aman Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif oleh pelbagai pihak tidak kira tua muda sampaikan yang masih mentah di bangku sekolah. Tak taulah pulak saya kalau ada yang masih menetek nak masuk campur dalam hal ini. Tarikhnya masih jauh lagi tetapi kekecohan telahpun ditimbulkan di sana sini. Setakat hari ini saya dapati kira-kira 958 aduan polis telah dibuat kerana membantah BERSIH 2.0 ini namun yang menyokong himpunan ini supaya diteruskan lebih hebat lagi iaitu kira-kira 1.3 juta orang.


Provokasi telah dicetuskan sebagai usaha menghalang himpunan ini antaranya daripada Dato' Ibrahim Ali,Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)100 NGO serta pelbagai pertubuhan belia dari pelbagai ceruk dan rantau negara ini. Gegak-gempita bunyi di seluruh alam, di mana-mana orang bertekak berkenaan hal ini. Takut benar mereka kepada BERSIH 2.0 ini sampaikan ada yang diugut mahu dibunuh jika berdegil untuk meneruskan perhimpunan ini. Hebat sungguh BERSIH 2.0 ini. Apa yang diminta kumpulan ini sampai mahu dihalang-halang? Duit berkoyan? Rumah sebesar padang bola? Atau..Jamban emas?


Tidak banyak yang diminta rupa-rupanya, semuanya ada kaitan dengan sebuah DEMOKRASI untuk kepentingan rakyat pelbagai lapisan iaitu:


1.  Membersihkan senarai daftar pengundi


2.  Mereformasikan undi pos


3.  Penggunaan dakwat kekal


4.  Akses media bebas dan adil


5.  Tempoh minimum 21 hari berkempen


6.  Kukuhkan institusi awam


7.  Menghentikan rasuah


8.  Menghentikan politik kotor

Demokrasi yang tempang dan kebebasan rakyat yang diragut mahu dikembalikan semula. Sudah lama benar hak dan maruah warga Malaysia dikatakan tercabar dek keangkuhan pihak tertentu dalam kerajaan. Akhirnya rakyat mahu bangkit menutut hak mereka seperti senario yang berlaku di Timur Tengah sehingga tumbangnya sebuah kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia. Kemungkinan ini yang ditakuti ramai pihak agaknya?

                                                             Lagu tema BERSIH 2.0

Pendapat saya, kita nantikan saja tarikh 9 Julai 2011 itu sama ada menjadi kenyataan atau tidak. Semoga Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang berhati bersih dan berniat mulia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free