/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, May 3, 2011

PATUT KE TAK PATUT?

Penunjuk Perasaan

Muammar Gaddafi

Kesan serangan NATO ke atas kediaman Gaddafi

Saadi

Saif

Akibat Serangan NATO ke Atas Keluarga Gaddafi



Bermula dengan Ben Ali di Tunisia sehingga merebak ke Hosni Mubarak di Mesir, pada mulanya saya berharap-harap dan berdoa mudah-mudahan Gaddafi selepas ini berjaya ditumbangkan. Semangat bangsa Arab meluap-luap dan sayapun terikut-ikut bersemangat. Lepas satu...satu ditumbangkan ibarat suatu teori domino namun Gaddafi nampaknya liat malah beribu-ribu rakyat Libya sempat dibunuhnya. Saya bertambah benci dan meluat kepada si tua kutuk ni!. Dia seharusnya sedar rakyat dah menyampah sebab dah lama sangat duduk di kerusi Presiden, bab mengumpul harta tak usah cakap!

Dalam mengharap-harap Gaddafi diajar oleh rakyatnya sendiri, saya tiba-tiba berasa sangat kesal dan marah apabila NATO menyerang kediaman Gaddafi sehingga membunuh anaknya Saif dan cucu-cucunya. Memang TAK PATUT tindakan NATO bertindak kejam seperti ini dengan menggunakan anak dan cucu-cucunya sebagai sasaran untuk memaksa Gaddafi berundur. Tambah kesal apabila mendapat tau anaknya Saif yang mati padahhal yang kaki perempuan, kaki foya dan perabis duit Libya ialah Saadi. Walaupun saya tak suka dengan Gaddafi tapi bukan begini cara yang saya mahukan. Mungkin orang-orang Libya tak sependapat dengan saya, tak apalah..Mereka lebih arif.

Semua orang tau niat NATO, ada udang di sebalik batu dan kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Maknanya sesuatu tindakan itu sudah semestinya ada maksud dan tujuan. Tujuan utama tentulah dengan niat menjajah dan kemudian mewujudkan seorang boneka yang pro Amerika dan Israel. Tunggu dan lihat saja selepas ini apa kemungkinan yang akan berlaku.

Al-fatihah untuk Saif dan cucu-cucu Gaddafi...

1 comment:

  1. al fatihah....ghadafi mmg musuh amerika sejak dari dulu lagi. tak mustahil akan wujud hamid karzai2 nanti....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...