/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, May 6, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO U ALTANTUYA!



Rupa-rupanya hari ni 6 Mei 2011 ialah hari ulangtahun mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibu.
kalau dia masih hidup sekarang ni umurnya dalam lingkungan 33 tahun.


Daripada beberapa blog yang sempat dilawati, saya mendapat tahu Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) telah menghantar kek seberat 5kg ke pejabat Najib berserta nota meminta Najib mengemukakan saman terhadap 19 media antarabangsa yang mengaitkannya dengan pembunuhan ini sebagai tindakan membersihkan imejnya sendiri dan Malaysia keseluruhannya.


Namun seperti yang dijangka, undang-undang pelik telah digunapakai di tanah tumpah darah saya ni iaitu adalah satu kesalahan menghantar kek hari jadi kepada PM. Takut ada BOM C4 agaknya. Saya rasa semua faham mesej kek tu dihantar. Rakyat mahu tahu 'kenapa Altantuya dibunuh?', itu saja!
Walau bagaimanapun tanpa diketahui motif pembunuhanpun yang polis 2 orang tu sudahpun dihukum gantung. Namun tak seorang warispun daripada keluarga mangsa benar-benar menyaksikan hukuman tersebut sudahpun dilaksanakan atau sebaliknya.


Saya tak mau memikirkan sedalam-dalamnya hal ini. Kalau kita meneliti gambar-gambar Altantuya berposing maut mungkin kita beranggapan dia perempuan begitu dan begini. Sesetengah orang mungkin berkata 'pedulikan perempuan ini, biarkan dia mampus..!!' tapi semasa meneliti beratus-ratus gambarnya di google image ada satu gambarnya yang membuat saya tersentuh...




Bersama anaknya Altanshagai

2 comments:

  1. dah kene gantung ker polis 2 orang tu....

    ReplyDelete
  2. hukuman dah jatuh tetapi pelaksanaan belum lagi rasanya, mungkin kena lalui satu proses undang2 yg panjang contohnya proses rayuan daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup, kena pula tunggu giliran dengan banduan2 akhir, tentulah lama. Satu yang saya sokong tentang undang2 di Barat hukuman mati dijalankan di hadapan waris mangsa macam di Arab Saudi juga hukuman pancung dan rejam semua disaksikan oleh waris mangsa dan rakyat jelata. Betulkan saya kalau saya silap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free