/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, January 25, 2011

Mari Memahami Tiga HADITH

KULIAH MALAM JUMA'AT
Tiga hadith yang dikupas Ustaz Hafiz Mustafa Lubis malam tadi di Surau Taman Tengku Maheran, Bandar Darulaman:
1. "Bagi tiap-tiap satu ada zakatnya; zakat bagi satu-satu kampung ialah rumah-rumah yang meraikan tetamu."
2. "Bagi tiap-tiap satu itu ada jalannya; jalan masuk syurga ialah ilmu."
3. "Bagi tiap-tiap satu itu ada kuncinya; kunci kepada syurga ialah kasih kepada orang-orang miskin dan orang-orang fakir."
Walaupun hadit-hadith tersebut singkat, tetapi dalam dan luas maknanya.
Sedikit daripada kupasan Ustaz

Hadith #1:
a) Jika ada yang buat kenduri, tolonglah jiran tersebut. Jika tidak perlu pertolongan, maklumlah ramai yang guna khidmat caterer sekarang ini, hadirlah ke kenduri tersebut.
b) Jika ada tetamu yang menziarahi rumah kita, layanlah dia/mereka dengan baik.

Hadith #2
a) Apa yang penting ialah keberkatan ilmu, jika tidak, takut kalau2 termasuk di dalam golongan ini: (i) ada yang belajar mendalam mengenai Islam, tetapi masih belum Islam atau (ii) jika Islam pun, masih tidak melakukan apa yang disuruh atau (iii) makin banyak ilmu Islam makin jauh ia daripada Islam.
b) Walaupun seseorang itu penat, adalah lebih baik beliau tertidur semasa mendengar kuliah agama di masjid/surau daripada tidur di rumah selepas solat maghrib, kerana beliau juga akan mendapat manfaat keberkatan ilmu bilamana malaikat malabuhkan sayap2 mereka di dalam majlis ilmu tersebut.

Hadith #3
a) Ada perbezaan di antara kasih, atau empathy, dan kasihan, atau sympathy. Kasihan hanya perasaan di dalam hati tanpa apa-apa "action", tetapi kasih bermaksud ada "action" untuk membantu.

Concluding remark daripada ustaz:
Untuk hal-hal dunia, lihatlah kepada mereka yang kurang daripada kita;
Untuk hal-hal agama, lihatlah kepada mereka yang lebih daripada kita.
Wallahua'alam. Kalau ada kesilapan, itu adalah kesilapan saya memahami kuliah tersebut.


Salam,
Ameer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free