/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, December 21, 2010

SEMUA KRISTIAN AKAN MENJADI MUSLIM APABILA NABI JESUS (AS) KEMBALI


WAWANCARA BERSAMA AZARBAIJAN STATE NEWS AGENCY (Ogos 2008)
ADNAN OKTAR: Baginda akan menjadi pemimpin dunia Kristian dan akan membawa mereka kepada Islam dengan mengatakan bahawa baginda seorang Muslim. Baginda akan mengaku sebagai nabi mereka, dan juga beragama Islam. Baginda akan memberitahu bahawa mereka juga perlu mengikuti agamanya kerana mereka mengikutinya. Maka mereka semua akan menjadi Muslim pada Akhir Zaman. Ini adalah antara peristiwa yang paling menakjubkan pada Akhir Zaman. Pertama ialah kedatangan Imam Mahdi (as), kedua ialah kepulangan Nabi Jesus (as), dan ketiga ialah dominasi Islam di dunia. Kesemua perkara ini pasti berlaku di abad ini.
WAWANCARA DENGAN AZARBAIJAN TV (Jun 2008)
ADNAN OKTAR: Sebagaimana yang anda sedia maklum, Nabi Jesus (as) asalnya berbangsa Yahudi. Baginda menukar kepercayaan itu kepada Kristian. Kini baginda akan merubah Kristian kepada Islam. Nabi Jesus (as) akan bertanya sama ada mereka beriman kepadanya, bahawa bagindalah nabi mereka, dan menuruti perintah Al-Quran. Maka pengikutnya juga harus taat kepada ajaran Al-Quran.
WAWANCARA  DENGAN TV (9 Disember 2009)
ADNAN OKTAR: Kita akan menunggu kepulangan Nabi Jesus (as). Apabila baginda kembali, hati mereka akan dilapangkan. Pada ketika ini, mereka risau melakukan sesuatu yang menyalahi Nabi Jesus (as) dan tidak dapat menghindari kebimbangan psikologi tersebut.  Namun hati mereka akan lebih terbuka apabila Nabi Jesus (as) sendiri yang memberitahu perkara ini. Baginda akan berkata, “Lihat, akulah nabimu, Al-Quran itu benar, agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad (saw) itu juga benar, aku telah menganutinya dan kamu juga perlu mengikutinya, dan seluruh dunia Kristian akan menerima Islam.” Allah berfirman di dalam satu ayat bahawa pada saat baginda wafat, tiada seorangpun Ahli Kitab, Kristian dan Yahudi yang tidak beriman dengannya.
WAWANCARA DI EKIN TV 26 (Januari 2009)
ADNAN OKTAR: ...Said Nursi berkata; apabila Kristian dan Islam sedia untuk bersatusemua kesangsian akan diangkat dan para Kristian akan bersedia untuk menerima Islam. Namun mereka juga mengharapkan Nabi Jesus (as) memberi pengesahan tentang perkara ini. Mereka berharap baginda memberitahu “Ya, kamu harus menjadi Muslim; aku seorang Muslim dan kamu harus mentaati Al-Quran.” Golongan Kristian tidak akan melakukan perkara ini kerana takut menyalahi Nabi Jesus (as). Namun mereka akan berasa senang apabila Nabi Jesus (as) sendiri yang mengkhabarkan perkara tersebut.

( Disalin semula daripada Blog Adnan Oktar @ Harun Yahya, Pengasas Pertubuhan "Science Research Foundation" yang memberi tamparan hebat kepada pendukung Teori Evolusi. Beliau seorang Pejuang menentang kepalsuan yang menolak setiap agama dan nilai-nilai moral- Seorang Ilmuan Islam yang saya sanjung dan doakan kesejahteraannya )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free