/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, May 3, 2011

OBAMA TUKANG KARUT ?

Hampir semua blog sudah menyiarkan berita tentang kematian Osama bin Laden sejurus diumumkan secara rasminya oleh Presiden US, Barrack Obama. Saya dikira terlewat satu hari untuk bercakap berkenaan hal ini, namun perkara ini masih hangat diperkatakan di tempat kerja saya. Pelbagai andaian telah dibuat mengikut pandangan masing-masing. Yang menjadi persoalan, betulkah Osama sudah meninggal dunia? Atau selama ini watak Osama sengaja diwujudkan untuk menghalalkan tindakan US dan Israel menyerang mana-mana negara yang 'tidak sebulu' dengan mereka. Oleh itu, adakah sekarang watak ini dimatikan untuk mewujudkan satu lagi watak lain atas tujuan yang lain pula. Hanya Obama dan kuncu-kuncunya saja yang tahu dan gambar-gambar di bawah sama ada benar atau palsu sedikit sebanyak telah menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat. Ada pendapat yang menyatakan pihak berkuasa US akan menyiarkan gambar sebenar Osama setelah siasatan forensik dilakukan, jadi saya rasa kita tak perlulah cepat-cepat menghadiahkan Al-Fatihah dan mengungkapkan ayat seperti ini : 

"Dunia akan lebih aman tanpa Osama bin Laden"




Gambar yang dikatakan telah diedit


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free